AMALAN MENABUNG DAN BERSEDEKAH DENGAN DINAR DAN DIRHAM

BERJIMAT-CERMAT sangatlah dituntut oleh Islam dan menjadi budaya orang bijaksana. Amalan berjimat-cermat berkait rapat dengan cara berbelanja yang dirancang teliti dan berhemat. Ia juga saling bersangkut-paut dengan sikap suka bersedekah kerana orang yang berjimat-cermat lagi berhemat mudah mendapat hidayah untuk berbelanja di jalan Allah.
Ia bagus dipraktikkan di peringkat kanak-kanak lagi. Didiklah mereka agar mengumpul baki wang saku lebihan dari belanja sekolah atau duit raya kemudian tukarkan wang syiling atau wang kertas itu kepada wang Dinar emas dan Dirham perak yang lebih menguntungkan berbanding menyimpan wang kertas di bank.
Hal inilah yang mahu ditekankan oleh Ahli Lembaga Pengarah KGT, Hajah Mumtaz Mohd Nawi dengan berkongsi cerita tentang anak-anak beliau yang enggan menerima wang kertas sebagai duit raya sebaliknya lebih rasa dihargai dan disayangi ketika menerima Dinar dan Dirham sebagai hadiah istimewa pada Hari Raya atau ulang tahun Hari Lahir setelah memahami tentang nilai wang yang sebenar.
Kongsi ilmu dengan anak-anak kita tentang nilai sebenar wang dengan kata-kata seperti “emas atau perak itu duit tapi duit bukan emas atau perak.” Berikan kepada mereka pencerahan mengenai duit Dinar emas dan duit Dirham perak seperti berikut:

a) Duit Dinar emas dan Dirham perak inilah yang digunakan oleh Rasululllah saw dan para sahabat.
b) Menjadi tanggung-jawab orang Islam mesti menyokong wang syariah dengan menggunakannya.
c) Simpan duit Dinar emas dan Dirham perak sangat menguntungkan kerana ia tidak susut nilai (kalis inflasi), tidak rosak, diterima oleh semua orang pada setiap zaman di seluruh dunia.
d) Guna duit Dinar Emas dan Dirham perak dapat pahala dan dapat rasai barakahnya kerana kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
e) Memiliki duit Dinar emas dan Dirham perak menjadikan kita pemurah (suka beri hadiah dan bersedekah) kerana ia mengingatkan kita kepada janji Allah swt kepada orang yang bersedekah iaitu: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Al Baqarah (2) : 261}.
Duit Dinar emas dan Dirham perak amat layak digunakan sebagai hadiah kerana sifatnya yang tahan lama dan tidak rosak bahkan mempunyai nilai bahan (zat) dan nilai tukar (laku ditukar dengan barang lain) tanpa mengira tempat, masa dan zaman kerana ia diterima oleh semua orang kerana ia logam berharga ciptaan Allah swt.
Hal ini menjadikan pemberi dan penerima hadiah sangat istimewa dan tersendiri berbanding dengan kebanyakan orang yang memilih hadiah yang “biasa-biasa” sahaja dan sudah selalu digunakan orang.
Maka, apa tunggu lagi? Jom menabung dan bersedekah dengan Dinar Dirham agar duit kita dapat lebih dimanfaati bahkan lebih diberkati Ilahi.

Sumber: Kelantan Golden Trade

DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MAHAR PERKAHWINAN ADALAH SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

MILIKI  DINAR DIRHAM DARI SERENDAH 1 DIRHAM (RM25).



Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35) 

Kegunaan Dinar Dirham:
- Pembayaran zakat 
- Alat tukaran dalam muamalat (urusaniaga) dan kehidupan harian
- Hadiah/ Cenderahati
- Mahar/Mas Kahwin.
- Simpanan untuk menunaikan  Umrah
- Simpanan untuk pendidikan dan kegunaan masa depan
- Simpanan harta untuk masa depan dalam bentuk emas/perak (dinar dan dirham)


FANPAGE BB JEWELLERY HOUSE

11/11/2013

Fanpage BB Jewellery House dipaparkan hari ini. Page ini menjalankan bisnes emas secara online. Banyak foto barang kemas sudah dimuat turun. Bagi peminat barang kemas bolehlah pilih-pilih. Sekarang masa terbaik beli emas sebab harga tengah turun…tapi naik sikit dari semalam. BB Jewellerry House masih kekalkan harga ikut harga semalam.

Jom like Page BB Jewellery House
https://www.facebook.com/pages/BB-Jewellery-House/547972631944587?ref=hl

RT X-Series 22k
Berat 33.00
Panjang 18.0cm, Lebar 1.8cm
Harga biasa: RM4935.57
Harga Tetap Indah: RM 4556.39
Pre Order