Cara Menyemarakkan Penggunaan DnD Dengan Konsep Wakala Keluarga

Ini idea saya untuk menyemarakkan penggunaan DnD dengan Konsep Wakala Keluarga.

Matlamat program keluarga ini untuk menyimpan Dinar dan menggunakan Dirham untuk menggiat muamalah secara Islam. Terutama bagi negeri-negeri selain Kelantan yang kurang diterima DnD dalam bisnes. 

Contohnya, Tukarkan sebahagian duit gaji anda kepada Dirham. Mulakan dengan keluarga anda. Jadikan Dirham ini sebagai  alaun kepada isteri-isteri, anak-anak, ibubapa jagaan Anda. 

Peg-kan atau tetapkan nilai Dinar bersamaan Dirham ; cadangannya 25:1, bermakna setiap 25 Dirham boleh ditukarkan dengan 1 Dinar.

Bila perlukan fiat (duit kertas) , ahli keluarga ini boleh menukarkan Dirham kepada fiat kepada anda atau sesiapa yang ada fiat, tapi cuba gunakan Dirham sebagai alternatif terakhir hanya ketika ketiadaan fiat.

Natijahnya, di akhir bulan kita ada baki Dirham. Baki Dirham ini boleh ditukarkan akhirnya kepada Dinar. Dengan cara ini boleh menggalakkan simpanan dalam bentuk DnD. Dalam jangka-panjang, Anda ada simpanan di waktu kecemasan dan boleh juga dijadikan perancangan kewangan.

Dengan cara ini juga kita mengelakkan 'Liquidity or Cash-flow Drainage' yang menjadi sebab kegagalan kita menyimpan dengan fiat.

InsyaAllah, kalau setiap kita boleh memulakan dengan keluarga kita, penggunaan DnD akan menjadi lumrah. Penggunaan DnD sebagai 'Matawang Syariah' adalah Sunnah Rasulullah dan Sahabat. Ia juga asas kepada intrumen media pertukaran atau matawang Kerajaan Islam, yang telah diamalkan sejak Kerajaan Islam Madinah. Kefahaman ini mesti ada  dan menjadi prioriti pada penggiat DnD untuk merealisasikan cita-cita kita untuk membina masyarakat dan Daulah Islamiah.InsyaAllah.

Juga dianjurkan, kita boleh bina grup  DnD di kalangan keluarga dan sahabat terdekat, dan lantik seorang 'Trader' atau peniaga DnD. Peranan beliau adalah mendapatkan 'supply' DnD dan 'Clearing-House' untuk DnD. Cara ini juga menyemarakkan penggunaan DnD, terutama bagi negeri-negeri selain Kelantan yang agak sukar menggunakan DnD sebagai media bermuamalat.

Jika diamati, Wakala Keluarga adalah juga satu konsep bisnes yang boleh dijalankan oleh setiap keluarga dengan mudah.

InsyaAllah, kita harapkan bisnes Wakala DnD akan berkembang di seluruh Malaysia. Bila semakin banyak Wakala dijalankan, peniaga-peniaga, peruncit, klinik dll sedia menerima DnD. Saya percaya tren ini akan muncul di Malaysia.

Matlamat Penggiat DnD adalah menjadikan DnD sebagai ' Media Pertukaran Alternatif atau Matawang Alternatif' yang diiktiraf Kerajaan. Muga ini sumbangan kecil kita untuk pertumbangan dan kemajuan ekonomi Umat Islam di Malaysia dan untuk Negara kita. Ini juga satu dakwah. Muga bukan Islam melihat Islam menawarkan Sistem yang praktikal untuk kehidupan manusia. InsyaAllah.

Boleh berbincang dgn saya untuk penjelasan. :)

Kata-kata Hikmah

"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."

Kiraan Inflasi Duit Ringgit Melalui Gaji Guru 1907 dan 2011 dan harga Beras

Hari ini, kita belajar mengira inflasi duit kertas yang ada hari ini apabila ianya tidak lagi disandarkan kepada emas atau perak atau sebarang komoditi berharga.

Dahulu, duit kita adalah emas dan perak , tapi hari ini, duit kita hanya helaian kertas yang dicop nilainya.

Takpe, kita kira dulu buat perbandingan.

Sebelum tu, sila rujuk gambar 1 ringgit tahun 1907 dalam gambar di link bawah ini.


Berat  1 ringgit = 27 gram perak 90%  atau = 24.3 gram perak tulen

Ketika tahun itu 1907 , gaji guru di Penang dan harga beras dilakarkan seperti berikut
"Their salary (teacher) was about $80 a month. Rice was sold at 8 gantang for a dollar"


Kita terpaksa ambil skala gaji paling tinggi Guru (RM 5000) bagi disesuaikan dengan taraf V.I (Victoria Institution) ketika itu.


Sekarang kita memasuki fasa baru, iaitu timbangan.

Apa itu gantang?

Kita merujuk manusia pada zaman itu .


Other sources say , in the Straits Settlement a gantang was 32 imperial gallon.
1 imperial gallon (about 4.56 liters or 1.2 U.S. gallons)


** sumber lain mengatakan , di Straits Settlement , 1 gantang bersamaan 32 imperial gallon.
1  imperial gallon = 4.56 liter ,
32 imperial gallon = 145.92 liter

Melalui ujikaji yang dibuat oleh seorang sahabat saya , beliau menggunakan beras jenama "AAA Beras Bukit" yang bila ditimbang

1 liter = 820g ;
4.56 liters x 0.82kg = 3.739 kg

1 gantang straits settlement = 3.74kg (of rice) x 32 = 119.65kg (beras)

Ingat , 1 ringgit tahun 1907 boleh beli 8 gantang beras.
119.65kg x 8 gantang = 957.22kg

1 ringgit boleh membeli 957.22 kg beras.

Gaji guru pada tahun 1907 adalah 80 ringgit.
80 ringgit x 957.22 kg  = 76 576kg beras.

Secara kasar , gaji seorang guru sebulan adalah 80 ringgit atau 76 576 kg beras.

Mari kita mengira gaji guru-guru kita pada hari ini. (secara perabndingan )

Ni kita ambil gaji guru yang bekerja di sekolah, atau institusi swasta, gaji kasar RM 5000 sebulan.

Harga beras hari ini, 1 kg = RM 3.20
RM 5000 / 3.20 = 1562.5 kg beras.

Maksudnya, gaji guru kita satu bulan hari ini = 1562.5 kg beras.

Cuba kalian letak beza antara gaji guru tahun 1907 dan hari ini.

1907 - 80 ringgit  = 76 576 kg beras
2011 - RM 5000   = 1562.5 kg beras

Ada beza tak?

Tahun 1907 - 1 ringgit boleh beli 957 kg beras.
Tahun 2011 - RM 1 boleh beli  - 0. 312 kg beras sahaja .atau 312 GRAM sahaja.


Gantang Yang Kecil Sedikit

Kalau kita tengok logik dari kiraan di atas, macam keterlaluan jika kata 1 ringgit boleh beli 1 tan beras!
Melampau betul.

Ok-ok..kalau kalian rasa macam melampau, kita kira balik guna sukatan gantang selepas merdeka.
Gantang selepas merdeka ni kecil sket.

ni kiraan saya melalui laman ini punya info

1 gantang = 4 cupak = 2.8kg
1 ringgit = 8 gantang = 22.4kg beras

80 ringgit = 1792 kg beras.
perbandingan dengan gaji guru Cikgu biasa - 1563 kg.

jadi, sebenarnya inflasi ringgit itu bersamaan :

1 ringgit 1907 = 22.4 kg beras
22.4 kg beras 2011 = RM 71.68

kehilangan nilai ringgit 1907 kepada 2011 adalah

1 ringgit 1907 boleh beli = 22.4kg beras , 80 ringgit = 1792 kg beras

1 ringgit 2011 boleh beli = 312 gram beras ,RM 5000 = 1562.5 kg beras

RINGGIT SUSUTNILAI 99%! 

nilai Ringgit berbanding beras susut sebanyak 98.6071% i.e. [ (0.312 kg – 22.4kg )/ 22.4kg ]x 100%.

Perhatikan bahawa jika koin Ringgit perak (27 g) dijual sebagai “raw silver” pada... harga “runtuh” RM3.00 per gram; maka koin tersebut bernilai = 27g x RM3.00/g = RM81.

Katalah 1 kg beras = RM3.20 ;

maka koin Ringgit perak setara dengan 25.31 kg beras i.e RM81/RM3.20; hampir sama dengan kesetaraan pada tahun 1907 (22.4kg). Nah! Bukankah ini bukti bahawa koin perak menyimpan nilai belinya walaupun masa berlalu 104 tahun.

Kalian lagi suka gaji dibayar dengan duit kertas lagi?

Inilah yang terjadi bila duit tak guna barang bernilai sebenar.
Kalian ingat lagi kan kisah duit daun pisang zaman jepun?


Sekarang ni, waktu untuk kembali kepada duit emas (dinar) dan duit perak (dirham).

Kalian nak tunggu duit kertas kalian tak bernilai baru terhegeh-hegeh?
Cepat sebelum terlambat.

Doc Syazwan Madihah


 Lihat gambar...apakah pengajarannya? Admin

Sebab Larangan Menggunakan Pinggan Emas Dan Perak

Gambar sebagai hiasan

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ الْلَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ   صلى الله عليه وسلم  لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ والْفِضَّةِ، وَلَا تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا، وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Daripada Huzayfah bin al-Yaman katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu minum dalam bekas emas dan perak dan janganlah makan dalam pinggan emas perak kerana sesungguhnya ia untuk mereka di dunia dan untuk kamu di akhirat. (al-Bukhari, no: 5426, Muslim, no: 2067)

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ الْلَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ الْلَّهِ  صلى الله عليه وسلم الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الْفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Daripada Ummu Salamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang minum dalam bekas perak sebenarnya memasukkan dalam perutnya api neraka jahannam. (al-Bukhari, no: 5634, Muslim, no: 2065)

Orang-orang yang tidak beriman menggunakan bekas emas dan perak di dunia kerana mereka tidak mempunyai agama yang melarang mereka dari menggunakannya. Hadis ini menunjukkan kepada keadaan mereka sahaja bukan menyatakan mereka diharuskan  untuk mereka kerana mereka yang tidak beriman tidak berhak meni’mati segala ni’mat Allah dalam keadaan kekufuran mereka.

Hadis ini dengan terang melarang umat Islam dari menyerupai mereka. Oleh sebab itu, menggunakannya bererti menyerupai mereka dari segi menghalalkan apa yang haram. Sesiapa yang menyerupai satu kumpulan maka ia termasuk dari kalangan mereka. Penyerupaan yang paling besar ialah peniruan dari segi akidah, menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.

Umat Islam tidak perlu bimbang kerana penggunaan peralatan emas dan perak akan diperolehi di akhirat nanti. Ini sebagai ganjaran kerana menahan diri semasa di dunia manakala mereka yang tidak beriman akan dihalang di akhirat kerana maksiat yang mereka lakukan semasa di dunia.

Sebab lain ialah menggunakan bekas emas dan perak menjadikan seseorang takabbur dan sombong. Ini kerana penggunaan barangan mewah tanda seseorang membesarkan dirinya dan mengganggap dirinya lebih sehingga memilih untuk menggunakan apa yang tidak digunakan oleh orang lain.

Selain itu ia boleh menyebabkan orang miskin merasa sedih dan kecil hati kerana melihat betapa orang yang kaya itu menggunakan emas perak untuk kegunaan biasa. Padahal ia merupakan alat perhiasan yang menjadi kebanggaan oleh semua orang.

Ibn al-Qayyim berkata: “Sebab sebenar kepada pengharamannya ialah penggunaannya itu menyebabkan hati berada dalam keadaan bertentangan yang menafikan ubudiyyah kepada Allah.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa sebab kepada pengharaman tersebut ialah emas dan perak merupakan mata wang yang digunakan bagi menentukan nilai harga barang. Dengannya manusia dapat melakukan pertukaran bagi mendapatkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Tambahan pula menggunakannya sebagai perkakas dapur menyebabkan ia berkurangan di pasaran.

Hadis ini juga mempunyai matlamat pendidikan akhlak iaitu Islam menjaga umatnya dari bersifat boros dan mencegah mereka dari hidup mewah secara melampau yang mana ia merupakan sebab kepada kebinasaan sesebuah tamadun.

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (surah al-Isra`: 16)

Sumber : Muhammad Hanief Awang Yahaya





Jenis emas, kualiti dan karat

Saya terpanggil untuk menjawab soalan mell dichat box kami berkenaan kualiti emas seperti 24k, 22k. Apa maksud 24K, Karat, dan 22K. Adakah 22K adalah 916. Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat.
Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion (??????o?), atau dari perkataan Arab q?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).



Contoh Kacang Carob, saya tak jumpa nama melayu untuk kacang ini, mungkin sebab tidak tumbuh di negara kita.
Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik
Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.
24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.
Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kaler, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)
loket emas dengan kaler hijau dan merah (sumber blackhill)


contoh cincin emas berkaler hijau dan merah


Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas  tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan mudah dijual beli di pasaran tempatan.
Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K  sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.

Sumber: Harga Emas Malaysia

Panduan Harga Dinar Emas di Malaysia

Thursday, 02 Jun 2011 at 12:00:05 AM Malaysia time


For 917/916 a.k.a 22k, standard weight 4.25g per dinar

Dinar Kelantan 917 – www.dinarkel.com RM710
Public Dinar 916 – www.publicdinar.com RM697
Dinar Kulim 916 – http://dinarkedah.blogspot.com/ RM695
Dinar Darul Ehsan 916 - http://www.syeikhulmaqari.blogspot.com/ RM696
Dinar Darul Takzim 916 http://www.auraurum.com/ RM690
Dinar Borneo 917 – www.dinarborneo.com RM680
Dinar Muslim 917 – www.nubex.com.my RM664.34
Dinar Restu 917 – www.nubex.com.my RM669.07
Dinar Emas Mekah 917 – www.sriayu.com RM630

For 999 a.k.a 24k, standard weight 4.25g per dinar

Dinar Negeri Perak 999 www.nubex.com.my RM766
Dinar Borneo 999 – www.dinarborneo.com RM746
Dinar GCP 999 – www.gcp.com.my RM737
Dinar Darul Ehsan 999 - http://www.syeikhulmaqari.blogspot.com/ RM732 
Dinar Rabbani 999 - www.1gold.com RM710

Sekadar Berkongsi :

Perbezaan harga bagi Dinar yang berasaskan online seperti diatas disebabkan 2 faktor;
1) Fixed Factor (faktor tetap) : Pasaran Dunia - www.kitco.com
2) Variable Factor(factor berubah2)
    i)  Kos Mold & kualiiti Mint dinar.
    ii)  Kos Overhead yang ditanggung oleh syarikat/pengeluar dinar
    iii) Kadar Peratus Mark-up yang diambil dari harga spot
        (contohnya : harga dari kitco.com) 


Sumber: DnD

Hukum Jongkong Emas Lady Fortuna

Soalan:
Apakah hukum membeli dan menyimpan jongkong emas Lady Fortuna?
Jawapan:
Sememangnya para ulama’ berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith RasuluLlah SAW yang zahirnya melarang lukisan.
Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Shafie dan Al-Imam Ahmad Ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang.
Para ulama’ di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.
Cuma di dalam mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.
Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh.
Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.
Berdasarkan pernyataan di atas dirumuskan:
Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.
Namun sekiranya kita ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:
Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan”
Maka tindakan ini adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila kita tidak melukis gambar manusia atau binatang, kita tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.
Sebaiknya, elakkan dari memiliki wang syiling emas yang terdapat padanya sebarang gambar manusia atau haiwan bagi mengelakkan sebarang unsur khilaf kerana kita masih ada alternatif untuk memiliki wang emas yang lain.


Tambahan pula, Lady Fortuna adalah dewi kebaikan dan kejahatan pada pandangan masyarakat Greek. Terdapat unsur-unsur agama ciptaan manusia dalam matawang yang dihasilkan yang jika kita juga percaya kepada kehebatannya boleh menyebabkan berlakunya syirik jali atau syirik khafiy (syirik nyata atau tersembunyi).
Gambar dewi tersebut juga amat menjelekkan kerana tidak berpakaian menyebabkan kita secara tidak langsung ‘menggadaikan’ akhlak Islamiyah kalau memilikinya secara sengaja. Mungkin ini satu dakyah sesetengah pihak untuk meliberalkan pandangan umat Islam akhir zaman.
[Ustaz Mohammad Nazmi bin Mohsin - Ketua Panel Shari'ah, Jutawan Dua Logam