Sejarah Emas


Emas
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.


Sifat Utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.
Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.

Aplikasi
Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemasduit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Kegunaan lain:
  • Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasaenjin pesawat jetkapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  • Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  • Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagaibahan pengisi gigi.
  • Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  • Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  • Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  • Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  • Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
  • Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraihpingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Dinar Emas
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadapDollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

Sejarah
Emas (Sanskrit jvalYunani χρυσος = chrysosLatin aurumInggeris kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika TengahPeru, dan Colombia.
Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut (lihat album emas).
Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di CaliforniaColorado,OtagoAustraliaBlack Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.

Ragam Kewujudan
Oleh kerana secara relatifnya, emas bersifat lengai secara kimia, emas sering kali dijumpai dalam bentuk aslinya, kadang kala dalam bentuk gumpalan besar, tetapi pada kebiasaannya dalam bentuk serpihan kecil di dalam mineral, kuarzasabakbatuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas, dan biasanya bercampur dengan mineral kuartza atau pirit atau bercampur dengan tellurium dalam mineral petzitkalaverit dan sylvanite. Emas diasingkan daripada aluvium melalui teknik pelombongan menggunakan dulang.
Sejak tahun 1880-an Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Orange Free State dan Transvaal adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899 - 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer adalah sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong diDakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.
Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianidaamalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis. Logam ini terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
Emas bukan sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai. Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk sebuah kiub berukuran 20 m (60 kaki) pada setiap sisi.

Sebatian
Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian

Isotop
Hanya terdapat satu isotop emas yang stabil dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

Amaran Keselamatan
Badan manusia tidak dapat menyerap logam ini dengan baik dan sebatian emas kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

79platinum ← emas → raksa
Ag

Au

Rg
Au-TableImage.png
Umum
NamaSimbolNomboremas, Au, 79
Siri kimialogam peralihan
KumpulanKalaBlok116d
Rupa
kuning berkilauan

Jisim atom196.966569(4) g/mol
Konfigurasi elektron[Xe] 4f14 5d10 6s1
Bilangan elektron per petala2, 8, 18, 32, 18, 1
Sifat fizikal
Keadaanpepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik)19.3 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur17.31 g/cm³
Takat lebur1337.33 K
(1064.18 °C, 1947.52 °F)
Takat didih3129 K
(2856 °C, 5173 °F)
Haba pelakuran12.55 kJ/mol
Haba pengewapan324 kJ/mol
Muatan haba(25 °C) 25.418 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa1101001 k10 k100 k
pada T/K164618142021228126203078
Sifat atom
Struktur hablurkubus berpusat muka
Keadaan pengoksidaan3, 1
(oksida amfoterik)
Keelektronegatifan2.54 (skala Pauling)
Tenaga pengionanpertama: 890.1 kJ/mol
kedua: 1980 kJ/mol
Jejari atom135 pm
Jejari atom (kiraan)174 pm
Jejari kovalen144 pm
Jejari Van der Waals166 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetantiada data
Rintangan elektrik(20 °C) 22.14 nΩ·m
Kekonduksian terma(300 K) 318 W/(m·K)
Pengembangan terma(25 °C) 14.2 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) (penarikan dalam)
2030 m/s
Modulus Young78 GPa
Modulus ricih27 GPa
Modulus pukal220 GPa
Nisbah Poisson0.44
Skala kekerasan Mohs2.5
Kekerasan Vickers216 MPa
Kekerasan Brinell2450 MPa
Nombor CAS7440-57-5
Isotop
isoNAseparuh hayatDMDE (MeV)DP
195Ausyn186.10 hariε0.227195Pt
196Ausyn6.183 hariε1.506196Pt
β-0.686196Hg
197Au100%Au stabil dengan 118 neutron
198Ausyn2.69517 hariβ-1.372198Hg
199Ausyn3.169 hariβ-0.453199Hg
Rujukan