Rantai Tangan Ekonomi


Tanpa kos upah ~ jimat!

Ketulenan emas : 916
Berat : 8.6g
Ukuran (cm) : 16, 17, 18, 19, 20
Harga semasa (20.03.2011) : RM 1,317.00 (tertakluk kepada perubahan)

Sila hubungi saya untuk 'lock price'

~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Bukan Perniagaan MLM


Beli Rantai Tangan Emas 916 Tanpa Kos Upah


Jenis barang kemas : Rantai Tangan
Ketulenan emas : 916
Berat : 40.2 gram
Ukuran : 16.0 cm
Harga semasa (19.03.2011) : RM 153.13/gram (tertakluk kepada perubahan)
Harga seunit : RM 6156.00

Sila hubungi saya untuk 'lock price'.

~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Kumpul Dinar Untuk Mas Kahwin


As Salam kepada semua bakal suami, apakah yang terbaik untuk diberikan kepada wanita yang bakal menjadi isteri anda pada hari pernikahan nanti? Bukankah hari pernikahan adalah saat yang ditunggu-tunggu kepada dua insan...

Pada saat ini berilah sesuatu yang sangat bermakna...hadiahkanlah Dinar Emas sebagai mas kahwin...lebih afdhal sebagai memenuhi tuntutan syariah... 


Semoga ikatan perkahwinan suami-isteri ini bahagia berkekalan buat selamanya hingga ke anak cucu...


Rancanglah kewangan anda untuk membeli Dinar Emas sebagai mas kahwin. Semoga majlis perkahwinan anda mendapat barokah serta dirahmati Allah...

Semoga berbahagia kedua mempelai.......ameen...
~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Jangan Malu Hubungi Saya

~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Catatan Seorang Pengedar Emas Public Gold

Mohd Hasfarizan Md Hashim

Alhamdulillah...syukur kepada Allah diatas peluang yang diberikan kepada saya dan isteri saya untuk kami melangsungkan pernikahan kami (11 Mac 2011) dengan menggunakan dinar sebagai wang hantaran mas kahwin... saya tak sangka Pejabat Agama Nikah Kahwin Machang menerima dinar selain dari Dinar Kelantan…ini membuktikan bahawa dinar diterima semua tak kira dari mana keluarannya...kerana antara ayat yg dikatakan oleh jurunikah..."emas pun duit juga" ... oleh itu…apa yang penting adalah ianya emas…yang dinilai dari ketulenan dan berat...alhamdulillah... inilah yang dikatakan tiada paksaan...bebas memilih...tetapi walaubagaimanapun… mesti dinyatakan dalam RM...jadi totalnya 16 dinar bersamaan dengan RM10,676.00... saya mulakan melabur emas dengan membeli set dinar pada tahun 2009 yang berharga RM8880.00…alhamdulillah…dinar yang saya gunakan adalah dari Public Gold.

Sumber : Tokey Emas

Kotak Simpan Emas

Duit Sawit Beli Emas


Anda orang berharta punya kebun sawit berekar-ekar. Tak cukup dengan pekerja yang ada, anda teruja ikut sama 'turun padang'. Setelah mengerah tenaga dan mengeluarkan keringat peluh...tiba masa dituai hasilnya... jual... hilang penat lelah... syukran berbaloi-baloi dapat duit hasil sawit berkepok-kepok. Anda pergi bank bawa duit yang banyak itu... simpan... orang bank pun dah kenal sangat dengan anda...orang kaya banyak kebun... sawit pulak tengah mahal...anda  memang orang kaya ~ simpan banyak duit kertas di bank. Selamat simpan di bank... cukup tahun dapat bonus... dividen... faedah tiap-tiap bulan masuk. Yang tercatat dalam akaun memang gah...

Sayang seribu kali sayang, anda tak pernah ambil kisah tentang kewujudan duit kertas (sejarah wang fiat). Anda tak peduli tentang keburukan duit kertas. Anda tak tau wang kertas sudah diragui penggunaannya oleh banyak negara. Ingat, jangan tau letak duit di bank je... kena ambil kisah tentang turun dolar USD, kena peduli tentang kenaikan harga emas. Apa kaitan USD dengan emas. Kenapa harga barang naik? Berapa kadar inflasi duit kertas? Kenapa berlaku inflasi? Kalau anda tak kisah dan terus tak kisah, nanti anda terima padahnya...

Sebenarnya, hasrat anda baik untuk mewariskan duit simpanan anda kepada anak isteri...

Tetapi, anda dah silap perhitungan...bukan duit kertas tapi EMAS. Kenapa emas? Emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar. Emas kalis inflasi.


~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Miliki Rumah Idaman Dengan Emas


Belajarlah ilmu emas supaya kita celik emas. Bila dah celik emas belilah emas. Tak dapat banyak kumpullah sikit-sikit dulu, 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.


Emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar. Aset emas dapat memenuhi apa yang anda impikan....

~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Tunai Haji dengan Dinar Emas


Guna wang untuk beli Dinar. Guna Dinar untuk naik Haji


Semoga Allah memberkati segala usaha yang murni ini...

Hubungi saya untuk mendapatkan Dinar Emas, Habibah Ahmad 019-7871601

~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Perhiasan Emas Wanita


Barang kemas Public Jewellery boleh dibeli tanpa kos upah. Harga emas/gram pun lebih murah.

Ketulenan barang kemas Public Jewellery adalah emas 916 = 22 karat

Public Jewellery juga beli balik emas dengan harga WE BUY ~ susut nilai 20%. Ini pun lebih rendah dari kedai biasa

Sila hubungi saya, Habibah Ahmad di talian 019 7871601

~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~

Rantai Tangan 'evergreen'


Rantai tangan emas di atas adalah produk keluaran Public Jewellery. Istimewa sekali apabila membeli perhiasan emas dengan Public Jewellery. Apa keistimewaannya? 

Public Jewellery jual semua produk barang kemas tanpa kos upah. 
Harga pun lebih murah dari kedai biasa. Lihatlah, perbezaan harga Public Jewellery dengan FGJAM

Nak beli barang kemas kena rajin buat kira-kira, kena ada ilmu kena celik emas

Sediakan pen, kertas, kalkulator. Mari kita buat kira-kira ni...

Contoh:~
Berat rantai tangan emas = 40 gm
Harga emas Public Jewellery = RM 152/1 gm
Harga emas FGJAM = RM 157/1gm
Harga upah FGJAM = 5% -15% (bergantung kepada rekabentuk)

Kaedah pengiraan:

Harga emas = berat emas x harga emas/1gm
Kos upah = 5/100 x harga emas (bergantung kepada rekabentuk)
Harga emas + kos upah = Jumlah harga emas yang perlu dibayar kepada kedai emas

Ingat. Public Jewellery tiada kos upah ya!

Dah habis kira, bandingkanlah harga Public Jewellery dengan FGJAM. Hantar jawapan anda ke email saya, hi hi...nak bagi markah

Tunggu apa lagi, terus hubungi saya order barang kemas Public Jewellery

~J Pemilik Emas ~ Dia  Bijaksana  J~

Emas Legakan Rakyat Britain



SEBAHAGIAN simpanan emas milik Britain yang disimpan di sebuah bilik kebal di England baru-baru ini.

PEMANDANGAN berkilauan ribuan jongkong emas setiap satu seberat 12.7 kilogram yang tersusun kemas di dalam bilik kebal Bank of England memberi keyakinan kepada orang ramai ketika negara itu berhadapan kelemahan pasaran saham, harga rumah menjunam dan institusi perbankan muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Tumpuan kepada emas sebagai penanda aras keutuhan sesebuah ekonomi kembali menjadi aliran selepas dunia dikejutkan dengan krisis kewangan yang teruk.

Ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa kini menyebabkan simpanan saham dan pinjaman tidak lagi dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang teguh seperti sebelumnya. Ketika ekonomi dunia masih mantap kurang sedekad lalu, logam berprestij itu diniagakan pada kadar hanya AS$275 (RM975) bagi setiap 28.3 gram atau satu auns.

Namun, hari ini harga bagi satu auns emas melonjak kepada AS$787.80 (RM2,794) sekali gus menjadikan setiap jongkong emas itu bernilai kira-kira AS$328,316 (RM1.16 juta) atau bersamaan harga sebuah kereta sports Ferrari baru.

Gambar yang dirakam oleh akhbar Daily Mail menunjukkan susunan 15,000 jongkong emas tulen dengan nilai anggaran hampir AS$5 bilion (RM17.4 bilion).Bank pusat Britain itu dikatakan menyimpan banyak lagi jongkong emas di lokasi yang tidak didedahkan.

Sebenarnya, lapor Daily Mail, gambar tersebut mewakili separuh daripada jongkong emas yang disimpan di beberapa bilik kebal gergasi di ibu pejabat bank itu di London.Jika dijumlahkan, berat semua jongkong emas yang disimpan di beberapa bilik kebal luas di bawah jalan-jalan raya di pusat bandar raya London itu menyamai 4,600 tan dengan nilai anggaran mencecah hingga AS$119.6 bilion (RM424 bilion).

Bagaimanapun, hakikatnya, lapor akhbar tersebut, bukan semua jongkong emas tersebut milik kerajaan Britain.Bebarapa dekad telah berlalu sejak mata wang Britain ditambat kepada nilai emas atau Gold Standard yang berakhir pada tahun 1931 tetapi London masih menyimpan sejumlah emas tersebut untuk digunakan pada waktu kecemasan.Apa yang menyedihkan ialah kerajaan negara itu gagal menguruskan simpanan emas mereka dengan bijak.

Contohnya, pada Mei 1999, Gordon Brown yang merupakan menteri kewangan dan ekonomi negara atau dipanggil Chancellor of the Exchequer memutuskan untuk menjual 415 tan emas atau 60 peratus keseluruhan simpanan emas Britain.Penjualan tersebut merugikan berikutan ia dilakukan ketika harga emas menjunam pada tahap terendah dalam sejarah.

Sebenarnya, sebahagian besar jongkong emas tersebut disimpan oleh Bank of England bagi pihak pendeposit-pendeposit asing terutama sekali bank-bank pusat negara asing yang tidak memiliki bilik kebal selamat seperti di Britain.

Kualiti emas tersebut sama tetapi jongkong-jongkong itu memiliki bentuk yang sedikit berbeza dan ditandakan bagi menunjukkan ia datang dari sumber berlainan.Tahap keselamatan di pusat simpanan emas kedua terbesar itu amat ketat seperti di bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di New York yang merupakan pusat simpanan emas terbesar dunia.

Setiap bilik kebal itu bersaiz amat besar dan memiliki ruang lebih luas berbanding ruang setiap tingkat yang terdapat pada bangunan tertinggi di Britain, Tower 42. Beberapa bentuk kunci yang panjangnya hampir satu meter diperlukan untuk membuka pintu bilik kebal tersebut.

Maklumat terperinci mengenainya dirahsiakan tetapi dinding bilik kebal itu dibina kalis bom selepas ia digunakan sebagai tempat perlindungan dari serangan udara oleh kakitangan bank tersebut ketika Perang Dunia Kedua meletus. Ketika dunia hilang keyakinan terhadap kebanyakan pelaburan lain, emas memberikan keyakinan kepada orang ramai sejak zaman berzaman.

Tidak dinafikan bahawa nilai hakiki emas juga bersifat simbolik tetapi yang mana menjadi pilihan anda sekarang, bergulung-gulung sijil saham atau beberapa jongkong emas Bank of England?

Sumber : Kosmo


 Taufik