Mengapa Harga Emas Berbeza-beza?


by Kedai Emas Ariffin on Friday, 14 October 2011 at 12:56

Mungkin ramai ramai di antara pengunjung page ini yang tertanya tanya kenapa harga pasaran produk emas yang dijual berbeza, bukan anda sahaja tetapi dealer-dealer saya sendiri juga bertanyakan soalan yang sama. Apatah lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pelaburan emas fizikal semestinya berasa pelik dengan perbezaan harga emas yang berada di pasaran.

Sebenarnya harga emas fizikal tidak mempunyai harga siling, tiada penetapan harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga lantai atau harga minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah-rubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot adalah laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Dalam penetuan harga emas fizikal beberapa faktor diambil kira oleh syarikat pengeluaran emas, antara faktor yang perlu diambil kira adalah beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Kos Buruh, Kos untuk memastikan keselamatan  dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Bagi syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran dan modal yang besar, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi, faktor inilah yang akan menentukan harga emas dipasaran.

Perbezaan harga ini tidaklah memberi impak sangat bagi mereka yang menyimpan emas dalam masa yang lama sebagai pelaburan. Jika dilihat kepada trend sekarang banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas dengan berbagai jenama dan ianya perkembangan yang sihat kerana pembeli mempunyai banyak pilihan untuk dibuat. Ada yang menggunakan jenama sendiri seperi emas public gold, emas sri ayu, emas elagenda dan emas lite gold, dan ada juga yang mengimport emas dari luar negara dan terus menjual tanpa membuat penjenamaan semula.

Sebenarnya terpulang lah kepada pembeli untuk membuat penilaian dan membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan pelaburan masing-masing. Ada syarikat pengeluar yang menjual pada harga murah dan membelinya pada harga murah, ada yang menjualnya pada harga mahal dan membelinya pada harga tinggi, ada yang mengajak pembeli berdaftar sebagai dealer dan diberi diskaun serta insentif yang menarik. Ada yang memfokuskan pengeluaran emas untuk sistem gadaian Ar-rahnu. Setiap syarikat mempunyai strategi pemasaran yang tersendiri bagi menarik hati pembeli membeli produk mereka.
  
Perbezaan harga jualan dan harga belian (spread) juga menjadi faktor utama yang diambil kira oleh pembeli semasa membeli emas, emas yang dijual pada harga spread yang rendah biasanya menjadi pilihan pembeli yang mahu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi bagi pelabur jangka masa panjang mereka tidak kisah sangat dengan perbezaan spread yang kecil ini, kerana apa yang penting bagi mereka adalah kesatbilan dan keteguhan syarikat pengeluar emas , ini penting bagi memastikan proses jualan semula emas tidak menghadapi masalah kelak.

Nasihat saya, buatlah pilihan bijak, buat kajian dan penelitian dari setiap aspek sebelum membeli emas dari syarikat pengeluaran bagi memastikan pelaburan wang anda berbaloi dan memberi pulangan yang menarik.