Sri Ayu Fine Gold



Terdapat produk emas terbaru keluaran tempatan iaitu Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd.(Sriayu.com), rival senegeri terdekat mereka adalah Dinar Kelantan yang menggunakan 917 sebagai piawaian syilling Dinar. Ia merupakan rangkaian kedai emas(Kedai Emas Sri Ayu) yang terbesar di Negeri Kelantan yang dimiliki oleh 100% Bumiputera. Untuk pasaran melalui internet/pasaran harga semasa emas, mereka telah rebranding nama syarikat kepada “Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd”.

Saya berpeluang mendapatkan 20g 999 dengan Siri No. 00007 dan 1 Dinar Emas Mekah 917, yang juga produk Sriayu yang pertama ke Borneo. Harga yang saya dapat untuk Bar 20g adalah RM3080, manakala Dinar 917 beharga RM632.

Saya berkunjung ke Agrobank Miri pada 05.04.11 untuk mendapat pengesahan menggunakkan mesin densimeter dan ketulenan Bar 999 disahkan 24k manakala 1 Dinar Emas Mekah 917 disahkan 22k.
Berbanyak terima kasih kepada En. Mohd Faizal dari Agrobank Miri kerana sudi verify ketulenan emas ini. Customer service mereka memang tip top!
Ingin mencari pengedar, sila layari http://www.pelaburan-emas.com/
sumber : kijangemas