20 Perkara Anda Perlu Berhati-hati


Pernah anda terbeli emas palsu?, atau terbeli emas kualiti yang rendah dari yang tertulis pada resit? atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Di dalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas.

Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Disini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas.

1. Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu
Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza.
2. Cop cina atau Cop nombor
Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan cina, contohnya seperti emas paun (gmbr org berlari), emas sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan.
3. Bayaran menggunakan cek
Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang, (ataupun fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draft, bankers cek juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk menklon cek atau bank draft.
4. Spring pada gelang, subang dan rantai emas
Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, screw dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadang-kadang sukar dikesan.
5. Penukaran emas semasa tebus pajak
Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati disini.
6. Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan
Kadang-kadang keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu contohnya mereka mempunyai beratus kilo malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa.
7. Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian
Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditambah tokok dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan designnya.
8. Bukan emas yang disalut tebal
Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas.
9. Batu pada item emas
Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya.
10. Jongkong platinum yang tidak original
Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana di sana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum
11. Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga
Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena.
12. Bendasing asing didalam emas serbuk mengurangkan berat emas.
Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi, walaubagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing asing yang melekat bersama emas biasa disebut ‘tahi emas’
13. Pengiraan harga yang  tidak update dengan index harga emas terkini.
Index harga emas berubah setiap hari, malah dalam satu hati index emas berubah 3-4 kali, pembeli dan penjual emas harus sentiasa update dengan harga emas terkini, untuk emas yang dijual retail di kedai emas, harga emas berubah lebih kurang sebulan sekali.
14. Urusniaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi
Elakkan urusniaga jual beli emas ditempat yang sepi, lebih selamat dijalan ditempat yang ramai orang dan sedikit tersorok, contohnya di stesen minyak. jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan didalam bank, ofis atau mana-mana tempat yang lain.
15. Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item / wang tunai bersama.
Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan dari masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya.
16. Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal.
Pembeli emas dalam linkungan 1-2kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau keatas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memastikan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan.
17. Membeli emas yang tidak mempunyai surat emas / pengesahan pemilik
18. membeli emas dengan individu di bawah umur atau meragukan
19. cop gold plated
20. Jual beli emas pada waktu malam / lewat pagi
Sumber: Harga Emas Malaysia