Dinar Emas Matawang Islam Masa Depan

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W. bersabda : "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)




Spesifikasi Dinar Emas
Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut:
* 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
* 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999

Kelebihan Dinar Emas
* Emas mempunyai nilai instrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
* Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
* Penyimpanan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda
* Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
* Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
* Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan dinar


Kegunaan Dinar Emas ialah :
1. Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
2. Boleh digunakan untuk membayar zakat
3. Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
4. Boleh diberikan sebagai hadiah / cenderamata
5. Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli


~J Pemilik Emas ~ Dia Bijaksana  J~