JANGAN TUNGGU LAGI

As Salam

Lama saya tak buat catatan. Al maklum ada tugasan lain yang perlu diselesaikan. Walaupun lama tak buat post tapi bisnes emas tetap berjalan lancar, alhamdulillah dengan nikmatMu itu...

Lihatlah setiap hari, apa berlaku pada harga emas? Naikkan?
Bagi pelabur emas kenaikan emas adalah durian runtuh bagi mereka. Mereka jual stok emas yang mereka beli 6 bulan dulu...berbaloi-baloi.
Tapi, kepada sahabat pelabur emas, saya nak ingatkan jugalah, letakkan matlamat utama kita untuk berjuang mengembalikan dinar & dirham sebagai mata wang Islam ~ memenuhi tuntutan syariah.
Semoga apa yang kita lalukan mendapat barokah dan rahmat Allah

Kepada sahabat yang masih belum memilik emas atau masih teragak-agak nak beli emas...yakinkanlah kepada diri anda "Emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar. Emas kalis inflasi. Duit kertas susut nilai, 40-50 tahun lagi dah tak laku. Adakah kita hendak mewariskan kertas A4 kosong kepada anak-anak dan isteri kita?

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W.bersabda : "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Fikirkanlah...janganlah mewariskan kertas A4 kosong kepada orang yang kita sayangi. Niat yang baik tapi tindakan tidak tepat akan menimbulkan kerugian. Wallahualam