Selamat Pengantin Baru

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

As-Salamu Alaykum

Selamat Pengantin Baru dan Tahniah diucapkan kepada pasangan yang telah diijabkabul juga kepada bakal dimahkotakan sebagai raja sehari dalam jangka masa terdekat ini, alhamdulillah…insha’Allah



Bagaimana pula dengan persiapan hari bahagia anda?

Pelamin
Catering
Andaman
Cenderamata
Khemah tetamu
Dan macam-macam lagi

Sudahkah selesai semuanya? Saya doakan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...ameen

Moga-moga Allah merestui apa jua perancangan murni anda demi detik bahagia yang dinanti-nantikan...


Berapakah wang hantaran pihak lelaki kepada pihak pengantin perempuan?

mungkin…

RM5,000

RM10,000

RM20,000

atau lebih lagi?

Adakah pihak lelaki telah bersedia untuk menyediakan hantaran tersebut ?  Wang hantaran yang diterima oleh pasangan anda dimanfaatkan untuk apa ?

·         Guna sendiri ?
·         Beli perkakas rumah bagi memulakan hidup baru bersama pasangan ?
·         Serah kepada  keluarga pihak perempuan untuk menampung sebahagian kos perkahwinan yang telah dikeluarkan ?
·         Atau mungkin ingin disimpan sebagai pelaburan jangka panjang untuk kegunaan masa akan datang ?
  
Lazimnya, wang hantaran tersebut akan digunakan oleh keluarga pihak perempuan untuk menampung sebahagian kos majlis perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh mereka. Setidak-tidaknya, dapat juga meringankan beban kewangan keluarga atau tuan rumah.

Ada juga sesetengah keluarga pasangan pengantin yang menampung keseluruhan kos majlis perkahwinan tersebut. Jika begitu, bagi pihak pengantin perempuan, bolehlah mereka gunakan wang hantaran tersebut untuk lain-lain tujuan...

·         Kegunaan pengantin perempuan itu sendiri
·         Digunakan bersama suami untuk memulakan hidup baru
·         Dijadikan simpanan sebagai pelaburan jangka panjang.... 


Andai kata pelaburan jangka panjang menjadi
pilihan anda...


Ke manakah wang tersebut akan anda laburkan?

·         Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit Account)
·         Amanah Saham (ASB, AHB, ASNB, dll)
·         Membeli hartanah
·         Atau lain-lain pelaburan ?


Berapakah pula pulangan yang akan anda peroleh?  
Cukupkah dengan wang hantaran dalam anggaran RM10,000 hingga RM20,000 untuk memulakan pelaburan tersebut dan mendapat pulangan yang lumayan ?

  
teruskan membaca,
semuanya akan diketahui sebentar  lagi…


BUDAYA & KELAZIMAN BAGI MASYARAKAT KITA

Dulang wang hantaran biasanya diletakkan sama ada gubahan wang tunai ataupun sekeping cek,  yang nilainya beribu-ribu ringgit, dan masing-masing akan rasa lebih “GAH” jika wang hantaran tersebut berlipat kali ganda banyaknya...

  
Di kemudian hari,
sekiranya wang itu anda simpan dalam apa-apa pelaburan
berapa banyak pulangan yang akan anda terima ?

3% ?

5% ?

10% ?

20% ?


Tahukah anda, kenaikan harga emas setiap tahun mampu mencecah 
20% hingga 25% dan mungkin lebih banyak lagi !



Apakah tindakan anda untuk memanfaatkan wang hantaran perkahwinan daripada kenaikan harga emas tersebut ?
Apa pula kaitannya dengan wang hantaran perkahwinan?


Sila baca ini…


Pasangan pengantin menggunakan emas sebagai alternatif kepada penggunaan wang tunai/cek dalam urusan wang hantaran

Salah seorang selebriti yang pernah menggunakan emas sebagai hantaran perkahwinan ialah M.Nasir; ketika melangsungkan perkahwinannya dengan Marlia Musa. Sejumlah 13 keping dinar emas yang bernilai RM2,000 diberikan kepada pasangannya sebagai hantaran perkahwinan. Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana “ingin kembali kepada tradisi islam”


 Hmm…mari kita congak. Sekiranya, sekeping dinar pada hari ini bernilai RM 800 x 13 keping, maka nilai sekarang berjumlah RM……., alhamdulillah


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanba

 "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)

 Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

 Penggunaan dinar emas dalam perkahwinan adalah lebih digalakkan kerana; 
  • Mempunyai kenaikan nilai dalam jangka panjang
  • Dinar ialah matawang islam yang digunakan sejak zaman para Nabi
  • Dapat menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang
  • Dapat menaikkan lagi martabat mata wang Islam
  • Setiap dinar emas tersebut, sama ada 1 Dinar, 5 Dinar, ataupun 10 Dinar, semuanya mempunyai tulisan Jawi yang melambangkan dinar sebagai mata wang Islam.

dengan hantaran 1001 dengan set lengkap barang kemas…
masih nak minta Dinar Emas?

  

Begini.......

Bukan perlu menambah lagi hantaran yang sedia ada...
Cuma perlu tukar sahaja wang hantaran/cek hantaran yang bernilai ribuan ringgit itu kepada dinar emas....


“Killing two birds with one stone” amat sesuai ditujukan kepada pasangan yang menggunakan dinar emas sebagai wang hantaran, sekaligus digunakan sebagai pelaburan jangka panjang melalui gerbang perkahwinan yang bakal membina mahligai bahagia... kerana

  • Emas cantik & sesuai digunakan untuk pelaburan jangka panjang.
  • Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul. Jika anda menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, anda dijamin untung.
  • Emas ialah aset yang sangat mudah ditunaikan. Sama ada untuk dijual atau dipajak.
  • Ada kalanya, dalam situasi tertentu kita memerlukan wang tunai secara tiba-tiba. Emas boleh membantu.
  • Nilai emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.


Semoga kehidupan baru yang bakal ditempuh dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan serta beroleh keberkatanNya, 


Insha’Allah, ameen…barakallahu fikum


~ diedit daripada hantarandinaremas.com