DINAR - DEEN ATAU NAR?

Assalamualaikum Para Pembaca Budiman,

Sejak kebelakangan ini usaha ‘menjual’ Dinar Emas semakin menjadi-jadi kerana kefahaman orang ramai tentang dinar semakin bertambah. Syukur Alhamdulillah kerana usaha dari pejuang-pejuang Dinar Emas yang hampir sedekad ini berjaya membuka mata orang ramai tentang Dinar Emas.

Tetapi malangnya usaha yang dahulunya bersatu kini menjadi berberapa ‘kuasa besar’ penjual Dinar Emas. Dan yang menyedihkannya lagi, apabila orang ramai sudah mula faham tentang Dinar Emas dan ingin memilikinya, berberapa ‘kuasa besar’ ini berebut-rebut akan permintaan-permintaan yang ada sehingga membuatkan orang ramai keliru siapa yang betul sekarang ini? Pihak ini kata, Dinar Emas merekalah yang betul. Pihak itu kata Dinar Emas merekalah yang betul. Kalau macam itu, siapa yang nak mengaku diri mereka salah? Masing-masing ‘declare’ diri merekalah yang betul dan yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia. Adakah kita lupa segala ‘declaration’ sepatutnya datang dari Allah? Bukankah Allah jua yang ‘declare’ Muhammad sebagai Rasulnya yang terakhir? Bukan itu sahaja, para Wali pun tidak mengaku Wali kerana Allah yang ‘declare’ samada mereka Wali atau tidak. Sedangkan orang-orang terhebat didunia ini TIDAK mendeclarekan diri sendiri, kenapa kita yang hanya manusia biasa nak ‘declare’ diri kita yang betul sekali? Nak declare Dinar Emas kita yang betul sekali dan termurah sekali? Dinar Emas kita terhebat sekali? Atau organisasi Dinar Emas kita yang terhebat sekali?

Bukankah yang lebih penting ialah mengeluarkan Ummah dari sistem Riba? Jadi tidak kisahlah emas yang mana atau berat yang mana atau ketulenan yang mana pun mereka simpan, ianya tetap emas. Kenapa bangsa Barat, Yahudi, China, India, Indonesia dan lain-lain mempunyai denominasi emas yang berbeza tidak hairan pun dengan denominasi emas yang berbeza ini? Kenapa kita yang kecil ini mahu berbalah tentang denominasi Dinar Emas?

Seorang ustadz di sebuah Madrasah di Melaka pernah berkata berhati-hatilah dengan Dinar Emas, kerana ia boleh jadi DEEN iaitu Ugama atau ianya boleh jadi NAR iaitu NERAKA. Waktu itu kami tidak berapa faham maksudnya kerana bagaimana mungkin sesuatu usaha jihad dikatakan boleh membawa ke NERAKA? Tetapi selepas apa yang berlaku sekarang ini, sudah jelaslah maksudnya. Dalam memperjuangkan Dinar Emas, terdapat satu garis halus yang memisahkan kebaikan dan keburukan. Sekiranya memperjuangkan Dinar Emas kearah kebaikan dengan keikhlasan, maka orang tersebut mendapat Ugama yang membawanya ke-SYURGA. Tetapi sekiranya perjuangan Dinar Emas itu disalahgunakan, maka semua usaha tersebut akan membawanya ke-NERAKA.

Kita selalu fikir sekiranya kita berjuang memperkenalkan Dinar Emas kepada orang ramai terutamanya yang berugama Islam, kita sudah menjadi penyelamat Ummah atau penyelamat Agama. Atau kita fikir kita berjaya memiliki Dinar Emas, kita sudah suci bersih di mata Allah. Tidak ada gunanya kita menjual Dinar Emas, tetapi hati dan jiwa penuh dengan hasad dengki atau kita memiliki Dinar Emas tetapi sibuk memikirkan untung dalam bentuk RM-nya. Kalau inilah yang berlaku, Dinar Emas bukanlah memakmurkan Ummah, tetapi menghancurkan Ummah.

Ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana Dinar Emas boleh membawa ke-NERAKA? Para pejuang Dinar Emas yang dahulunya ikhlas berjuang kerana Allah sudah lalai dek kerana keuntungannya yang banyak. Kalau tidak kerana keuntungan pun, kerana status dan populariti yang diperolehi apabila menjual Dinar Emas. Usaha yang dahulunya satu padu sudah berpecah-belah kerana masing-masing mahu mengawal pasaran Dinar Emas. Siapa yang dapat mengawal pasaran Dinar Emas, dialah kelihatan lebih berkuasa. Oleh itu masing-masing berusaha melemahkan dan menghancurkan pihak-pihak lain.

Ada yang mengaku dirinya yang paling betul antara semua. Ada yang mengaku dirinya dilantik sebagai ketua atau khalifah dalam Dinar Emas. Ada yang menghantar orang untuk berpura-pura hendak beli tapi tak jadi sebaliknya menyusahkan hidup penjual Dinar dengan berdebat. Ada juga yang melaga-lagakan ahli-ahli dalam pihak lain supaya huru-hara dan berpecah-belah. Pihak yang dahulunya besar, sudah jadi lemah. Dan yang besar tak semakin berkuasa pun. Dan untuk membalas dendam, ada pihak yang mahu perang harga.

Ada juga yang menghantar orang ke-ceramah pihak lain untuk mendapatkan strategi dan maklumat pihak lain. Tak kurang juga yang mengaku dirinya yang pertama di Malaysia tanpa usul periksa siapa yang pertama. Anak murid Dinar Emas yang berpaling-tadah dan memandai-mandai jual dinar untuk keuntungan juga tak kurang banyaknya. Itu belum lagi menyembunyikan maklumat dan memutar-belitkan maklumat dalam Dinar Emas. Dan banyak lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjual atau pembeli Dinar Emas. Yang menyedihkan dalam persaingan yang tidak sihat ini, yang menjadi mangsa ialah Umat Islam sendiri. Kami sering mendengar pakcik makcik kehilangan wang kerana melabur berpuluh-puluh ribu RM dalam perniagaan emas yang kononnya menguntungkan. Tak kurang juga ramai yang membeli emas dan perak tanpa sijil yang sah, akhirnya tak tahu nak buat apa dengan emas dan perak tersebut.
Kenapa kita perlu berperang sesama sendiri dalam UGAMA YANG SAMA? Apabila kita melancarkan semua strategi kotor ini, adakah Allah dan Rasulullah akan suka melihatnya? Kenapa kita perlu nak ‘control’ atau monopoli semuanya? Lupakah kita rezeki ditangan Allah? Allah akan memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya, jadi kenapa kita nak bolot juga rezeki orang? Rezeki kita tak cukupkah? Dapat pergi keluar negara dan memandu kereta mewah tidak cukup? Dapat status, populariti dan tinggal dirumah besar pun sudah tak mencukupi? Dapat kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan rakan-rakan yang baik tidak mencukupi sehingga kita sanggup melakukan kerosakan?

Allah berfirman dalam Surah al-Qasas, ayat 77:
“Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Sekiranya Allah sudah melimpahkan rezeki yang banyak kepada kita, apa salahnya kita berkongsi dengan peniaga-peniaga Islam yang lain? Seperti mana krisis ekonomi yang boleh merebak, kebaikan sesama Muslim juga boleh merebak sekiranya kita sanggup berkongsi. Perkongsian kearah kebaikan bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah boleh memakmurkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Itu belum lagi pahala yang dikurniakan Allah. Tidakkah ini yang umat Islam amat perlukan disaat ini?

Tahukah anda, dalam Ayat 34 & 35 Surah Al-Tawbah: Allah berfirman mafhumnya: (Ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih. (Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): 'Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan itu'.
Jadi adakah kita cuma memikirkan keuntungan diri sendiri semata-mata tanpa memikirkan kebaikan ummah? Perlukah kita mengawal Dinar Emas untuk keuntungan diri sendiri sekiranya ianya membawa kita lebih ke-Neraka? Mahukah kita merasa azab Allah ini semata-mata kerana kita mahu mengawal Dinar Emas ini untuk diri sendiri?
Dalam sebuah buku bertajuk Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman yang ditulis oleh Saudara Saat Sulaiman menyatakan usahawan Islam diseluruh dunia bertanggungjawab membangunkan ekonomi Islam dan mengamalkan segala teori dan sistem ekonomi Islam. Tetapi malangnya ramai usahawan Islam tidak mempedulikan ekonomi Islam yang berteraskan bimbingan Al-Quran dan Hadis maka lahirlah banyak masalah seperti monopoli, menyembunyikan produk, hasad dengki, spekulasi harga dan masalah-masalah sosial yang lain.

Dalam zaman permerintahan Khalifah Umar r.a, seorang yang bijaksana dalam ekonomi, terdapat sistem pasar dan pasaran yang hebat. Kita sepatutnya mencontohi sistem pasar tersebut yang mana, beliau mengadakan sebuah pasar yang sesiapa sahaja boleh berniaga dengan halal disitu. Beliau menggalakkan pasaran bebas dan monopoli tersorok adalah dilarang sama sekali. Sayiddina Umar sangat mementingkan sekatan harga. Menjual barang dengan harga yang sangat murah untuk tujuan mnghancurkan pesaing tidak dibenarkan langsung. Ini adalah untuk melindungi peniaga kecil-kecilan yang tidak dapat menanggung kos perniagaan yang tinggi berbanding peniaga besar. (Economic System Under Umar the Great oleh Irfan Mahmud Ra’ana). Undang-undang keadilannya ketat iaitu berdasarkan siapa dulu dia dapat tempat, dan tidak membolot kesemuanya. Sebagai contoh ringkas, penjual A, B, C datang dahulu maka mereka mendapat tempat dalam pasar. Apabila barang A sudah habis, tempatnya digantikan dengan penjual D. Maka penjual A balik rumah dan meluangkan masa dengan keluarga dan beribadat. Urusannya mudah dan tidak ada persaingan tidak sihat kerana masing-masing percaya Allah sudah memperuntukan rezeki masing-masing. Jadi buat apa berebut? Dalam kita berebut-rebut mendapat tempat dalam pasaran Dinar Emas, adakah kita ada masa menjaga diri dan keluarga? Adakah kita ada masa menambahkan ibadah? Adakah kita lebih mengingati Allah apabila berjual beli Dinar Emas?

Surah An-Nur, ayat 37-38, Allah berfirman yang bermaksud:
Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnianya dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung.

Dinar Emas akan membawa kita ke-NERAKA kerana sikap kita terhadap saudara seagama. Islam mengganggap seorang Muslim yang lain adalah bersaudara tapi kita PERANG SAUDARA. Kerana dengan PERANG SAUDARA inilah Islam akan bertambah lemah dan mudah dikuasai bangsa lain. Kenapa Yahudi dan bangsa Cina hebat dalam perniagaan, kerana mereka saling bantu-membantu saudara seugama dan sebangsa tidak kira diceruk mana. Sebab itulah bangsa Cina boleh ada pasar atau Chinese Town di kebanyakan negara dalam dunia ini. Menurut Henry Ford dalam bukunya The International Jew, beliau menyatakan seorang Yahudi yang kaya-raya di sebuah negara sanggup membantu Yahudi miskin dalam jumlah yang kecil di negara lain. Kerana persaudaraan yang kuatlah mereka berjaya menguasai ekonomi dunia. Sedangkan kita hendak menjayakan satu pasar Dinar Emas di Malaysia dan Indonesia pun susah kerana PERANG SAUDARA.

Persoalannya, siapakah yang sepatutnya mengawal Dinar Emas? Adakah kita atau Allah? Apakah kebaikan monopoli pasaran Dinar Emas sekiranya ianya menghancurkan saudara kita yang lain? Apakah gunanya kita ‘declare’ kita yang terbaik dan pertama sekiranya kita menghancurkan hati dan perasaan saudara seagama. Apakah gunanya kita perang harga dan kemudian perang saudara sekiranya itu akan membawa kita lebih ke-NERAKA dari ke-SYURGA. Fikir-fikirkanlah...


gambar sebagai hiasan

Posted by Penggerak Dinar Emas

20 Perkara Anda Perlu Berhati-hati


Pernah anda terbeli emas palsu?, atau terbeli emas kualiti yang rendah dari yang tertulis pada resit? atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Di dalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas.

Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Disini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas.

1. Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu
Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza.
2. Cop cina atau Cop nombor
Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan cina, contohnya seperti emas paun (gmbr org berlari), emas sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan.
3. Bayaran menggunakan cek
Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang, (ataupun fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draft, bankers cek juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk menklon cek atau bank draft.
4. Spring pada gelang, subang dan rantai emas
Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, screw dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadang-kadang sukar dikesan.
5. Penukaran emas semasa tebus pajak
Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati disini.
6. Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan
Kadang-kadang keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu contohnya mereka mempunyai beratus kilo malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa.
7. Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian
Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditambah tokok dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan designnya.
8. Bukan emas yang disalut tebal
Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas.
9. Batu pada item emas
Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya.
10. Jongkong platinum yang tidak original
Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana di sana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum
11. Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga
Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena.
12. Bendasing asing didalam emas serbuk mengurangkan berat emas.
Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi, walaubagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing asing yang melekat bersama emas biasa disebut ‘tahi emas’
13. Pengiraan harga yang  tidak update dengan index harga emas terkini.
Index harga emas berubah setiap hari, malah dalam satu hati index emas berubah 3-4 kali, pembeli dan penjual emas harus sentiasa update dengan harga emas terkini, untuk emas yang dijual retail di kedai emas, harga emas berubah lebih kurang sebulan sekali.
14. Urusniaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi
Elakkan urusniaga jual beli emas ditempat yang sepi, lebih selamat dijalan ditempat yang ramai orang dan sedikit tersorok, contohnya di stesen minyak. jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan didalam bank, ofis atau mana-mana tempat yang lain.
15. Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item / wang tunai bersama.
Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan dari masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya.
16. Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal.
Pembeli emas dalam linkungan 1-2kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau keatas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memastikan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan.
17. Membeli emas yang tidak mempunyai surat emas / pengesahan pemilik
18. membeli emas dengan individu di bawah umur atau meragukan
19. cop gold plated
20. Jual beli emas pada waktu malam / lewat pagi
Sumber: Harga Emas Malaysia

Harga ayam cecah RM12 sekilo


KENAIKAN harga mendadak menyebabkan perniagaan ayam merosot di beberapa pasar di sekitar Georgetown.

Peniaga dijangka terus naikkan harga bekalan menjelang cuti sekolah

GEORGETOWN: Harga runcit ayam di beberapa pasar di negeri ini melambung ke paras tertinggi hingga mencecah RM12 sekilogram dan dijangka terus meningkat menjelang cuti sekolah, tidak lama lagi.

Kenaikan harga pada peringkat runcit yang dianggap tidak masuk akal, tidak dapat dielak berikutan peniaga memperoleh bekalan pada harga tinggi iaitu sekitar RM8 sekilogram.
Tinjauan di beberapa pasar awam di sekitar bandar ini mendapati kenaikan harga ayam bukan saja membebankan pengguna, malah menimbulkan masalah kepada peniaga ayam berikutan kurangnya permintaan.
Peniaga ayam di Pasar Awam Jalan Patani di sini, mendakwa mereka tidak mengetahui punca kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, malah pembekal sudah tiga kali menaikkan harga, minggu ini.

Bermula dengan RM6.70 sekilogram, harga meningkat kepada RM6.90 dan melonjak RM8.

Yusof Jailani, 58, berkata harga ayam yang tidak stabil dan meningkat mendadak menyebabkan penjualan ayam merosot.

“Kebanyakan peniaga meramalkan harga ayam terus naik. Sekarang, ayam dijual pada harga RM12 sekilogram dan jika kenaikan harga ayam terus berlaku. Tidak mustahil, ia akan mencapai harga RM20,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Yusof yang sudah 30 tahun menjual ayam, juga kesal kerana peniaga sering dipersalahkan setiap kali kenaikan harga ayam.

“Jika pembekal meletakkan harga tinggi, kami tidak boleh berbuat apa-apa dan perlu menaikkan harga. Jika keadaan ini berlarutan, peniaga ayam terpaksa gulung tikar dan lebih baik kerajaan import ayam kerana lebih murah," katanya.

Seorang lagi peniaga ayam, Azizul Rahman, 34, berkata perniagaannya merosot sejak kebelakangan ini berikutan peningkatan harga ayam.

“Dulu saya jual 100 ekor ayam sehari dan kini hanya mampu jual 40 atau 50 ekor. Jika ada pelanggan meminta dikurangkan harga, saya terpaksa kurangkan sehingga RM10 sekilogram. Saya terpaksa jual, jika tidak mereka tidak mahu beli,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, M Gunaselan, berkata kementerian hanya mengawal harga ayam apabila tiba musim perayaan.

“Harga ayam berubah ikut pasaran. Tetapi ketika ini, purata harga ayam di pasaran di negeri ini adalah antara RM8 hingga RM9 dan berbeza di setiap pasar,” katanya.

Pengajaran : milikilah dirham. 
                        1 dirham = 1 ekor ayam. Admin

Oleh Norhayati Umor
bhnews@bharian.com.my
2011/05/21

Dinar dan Kalimah Syahadah

  • Terdapat juga Kegelisahan dikalangan Umat Islam yang memandang penggunaan Dinar dan Dirham yang mengandungi kalimah Tauhid ini tidak boleh di bawa ke dalam tempat2 yg tidak sepatutnya kerana di khuatiri tidak diIzinkan Tuhan.

Dinar dan Dirham yang digunakan secara meluas samaada oleh org Islam atau bukan Islam pada zaman2 kegemilangan Islam bermula dari Zaman Sahabat2,Zaman Khulafa'ur Rasyidin juga mengandungi Kalimah2 Tauhid ini .Ini dibenarkan oleh Para Sahabat2 Nabi yg masih hidup pada masa itu ,oleh Imam2 kepada 4 Mazhab,Para Solafus Soleh,para Ambia dan Mursalin dan Solehin.sebagai pengukuhan dengarlah jawapan dari Guru kepada Imam Syafie ,iaitu Imam Malik ,Pengasas kepada Mazhab Maliki...

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin – koin ini. Beliau berkata Ulamak Ulamak terdahulu dari kalangan Sahabat, Tabiin dan Tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.

Isu masuk tandas tidak timbul, Dinar dan Dirham ini telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.

Sebenarnya walaupun tidak nampak tetapi tanda2 kekuasaan Allah wujud dlm diri kita.Saya mengambil contoh.Air yg dibaca dgn kalimah2 suci akan berubah zarah2nya menjadi kepada yg berbentuk kalimah2 suci.maka air tersebut kita minum..maka darah kita dengan itu jadi terpengaruh dgn air tadi juga mengandungi kalimah2 suci apabila di periksa dgn kanta pembesar alat2 teknoloji terkini.maka adakah semua darah2 yg mengandungi kalimah2 suci ini perlu dibuang terlebih dahulu sebelum masuk kedalm tandas?

adakah perlu kita minum air yg mengandungi kalimah2 kotor (seperti mencarut,mencerca dan sebagainya untuk menggantikan kalimah tauhid yg telah menjadi darah dan daging kita ..supaya halal untuk kita masuk ke tandas..?

Tutupkan/Coverkan Dinar dan Dirham yg ada kalimah Allah SWT tu dgn baju uncang dan lain2.Dalam diri kita sendiri ada tanda2 kekuasaan Allah SWT.Saya pernah berjumpa pegawai kerajaan yg telah menangkap seorg kontractor yg rasuah..apabila cop jarinya hendak diambil disitu ada tertulis kalimahALLAH dgn jelas...jadi adakah tanda2 kekuasaan Allah SWT ini tidak dapat dibawa masuk ketandas?perlu ke hamba Allah SWT tersebut potong ibu jarinya bila nak masuk tandas?kemudian sambung balik bila keluar?

Sabda Rasulullah:i"Islam itu Mudah,barangsiapa yang memayahkan akan dia maka dia sendiri akan jadi payah(Islam tetap mudah tetapi hamba Allah SWT tu sendiri akan jadi payah..).

Jika kita sedar ,setiap denyut nadi, setiap nafas dan setiap degupan jantung yg berulang2 adalah lafaz kalimah dimana sahaja anda berada dan pd bila2 masa..

Macamana dapat kita tinggalkan Kalimah Tauhid yg ada dlm diri kita ini kat luar semata2 nak masuk tandas?

  • Jika pemborong Cina dan bukan Islam nak juga muamalat dinar dan dirham maka
    adalah bagus untuk Kalimah Syahadah itu di perhatikan dan di amat amati roh dan aura nya oleh bukan Islam..

  • InsyaAllah..Allah jaga KalimahNya dia Maha Kuat Lagi Gagah Perkasa tidak terkirakan.. moga2 bukan Islam tertarik dgn aura yg memancar dari Syahadah pd Dinar Dirham tu seperti juga Dinar dan Dirham (kebanyakannya ada kalimah Syahadah ini pada Dinar dan Dirham mereka)yg digunakan sepanjang 1400 tahun Empayar Kerajaan Islam Merajai Dunia ini dulu sebelum diambil alih oleh kuasa2 Bersekutu Eropah..InsyaAllah.
  •  Dan Kuasa2 Bersekutu itu mencetak matawang emas mereka tidak lagi meletak Kalimah tersebut berbanding Kerajaan2 Islam dlm Empayar masing2 sepanjang tempoh pemerintahan mereka beribu dan beratus tahun.. Sesiapa yg menguasai dunia maka matawang merekalah yg menjadi medium pertukaran antarabangsa..seperti dulu dinar yg mengandungi Kalimah Syahadah ini menjadi medium pertukaran utama antarabangsa dlm 1400 tahun pemerintahan empayar2 Islam maka sekarang Dollar US yg mengandungi lambang Yahudi pula mengambil alih tempatnya..
  • Bilakan tiba giliran Dinar mengambil alih tempat Dollar US itu pula??sesamalah kita membulatkan tekad dan berkeyakinan mempromosikan kebaikan2 Dinar yg bertulis kalimah Syahadah ini seperti juga datuk dan nenek moyang kita dahulu lakukan dlm zaman2 pemerintahan Kerajaan Melayu Islam dan Empayar2 mereka..

Doc EmasSemasa Mohd Ridhuan

Kesan Riba Dalam Masyarakat

Hari ini, kita diberikan pelbagai berita yang tidak mengenakkan pandangan, yang menyakitkan telinga jika didengar, dan menyesakkan dada apabila diketahui.

Persoalan hari ini tidak boleh dibaca apakah sebenarnya penyakit yang melanda kita, bangsa dan ummat yang dikatakan akhir zaman.

Kali ini, apa yang perlu kita fahami, adalah reality sebenar kehidupan masyarakat awal sebelum semua penyakit yang ada hari ini yang suatu ketika dahulu tidak pernah didengari ayah-ayah dan ibu-ibu kita.

Pada permulaan kehidupan manusia, masyarakat yang difahami adalah, ‘’bersama-sama, permuafakatan, bersatu’’ yang mana maksud masyarakat itu diambil dari bahasa arab ‘’syin ro kaf ‘’ iaitu bersama.

Ini bertepatan dengan suasana dan kehidupan masyarakat , di mana segala bidang kehidupan mereka saling bersatu dan memerlukan satu sama lain, sebagai contoh – baju.

Barang-barangan di rumah, bukan semua benda di dalamnya itu, bersumber dari satu orang semata-mata. Bahkan ianya hasil dari permuafakatan komuniti dalam bekerjasama membantu mencukupkan keperluan masing-masing.

Ikan, beras, ayam, sayur , periuk, belanga, pakaian, atap, kayu arang. Yang jika dihitungkan, ianya dari pelbagai sumber.

Manusia zaman awal Islam dan tamadun asas manusia, apabila ingin membuat rumah atau satu pasangan baru mendirikan rumah tangga, mereka akan dibantu oleh komuniti masyarakat bagi membina rumah mereka. Gotong royong dilakukan, dengan masing-masing dari anggota kecil masyarakat membantu menyediakn keperluan unit kecil masyarakat yang baru dibina ini.

Zaman berlalu, perkampungan yang dibina semakin hari semakin membesar dengan perkembangan zuriat masing-masing ditambah dengan kehadiran imigran dari luar yang melihat dan tertarik dengan kemakmuran yang ada menyebabkan ianya berkembang menjadi Bandar.

Pada zaman ini, seseorang yang memerlukan sesuatu benda seperti kambing, maka mereka jika tidak punyai wang ( syiling emas atau perak) maka mereka akan memberikan satu barang lain yang dilihat sebagai berharga sebagai suatu cagaran , agar nanti jika sesuatu terjadi kepada mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh mengganti semula kambing yang diambil, maka barang yang dicagarkan itu akan dijual dan duitnya akan digunakan oleh pemilik kambing asal.
Konsep ini menyebabkan kebanyakan dari anggota masyarakat hampir-hampir sebenarnya tidak berhutang.

Pada permulaan perkembangan Bandar ini, satu institusi asing dibuka, ianya dinamakan ‘’bank’’, tempat yang pada permulaannya, diperkenalkan untuk mengajak masyarakat menyimpan duit mereka di situ.

Pada permulaan bank ini diperkenalkan, masayrakat tidak menyambut baik institusi ini.
Ini kerana, kemakmuran dan sikap saling mempercayai sesama jiran tetangga dan kurangnya kecurian , rompakan dan sekian banyak jenayah lain, hampir tidak ada di dalam masyarakat disebabkan undang-undang Tuhan yang ada, menjadikan mereka hidup harmoni.

Permulaan institusi perbankan ini, mereka banyak focus pada mengajak masyarakat menyimpan duit dengan mereka, dan sebagai ganjaran masyarakat mempercayai mereka sebagai pemegang amanah harta mereka, pihak bank akan memberikan ‘’saguhati tahunan’’ berdasarkan kadar tertentu – dalam istilah kita – dividen . Bagi golongan marhain, bagi mereka , cukup simpanan dirumah kerana ianya selamat.

Mereka menggiatkan acara mereka dengan masuk ke setiap sekolah-sekolah menawarkan kemasukan permulaan simpanan serendaah RM 10.

Anak-anak diajar menyimpan ''wang'' dengan mereka.
Setelah beberapa lama, ramai golongan bangsawan atau golongan masyarakat yang hidup agak mewah , mereka banyak menyimpan di institusi yang dinamakan perbankan ini.

Pihak perbankan melihat, perkembangan ini tidak berapa memuaskan, mereka mahukan semua anggota komuniti masyarakat mempercayai mereka.

Dari para penyimpan ini, pihak bank melihat, kebanyakan yang menyimpan, hanya 5% sahaja dari para penyimpan akan mengeluarkan semula duit mereka, bakinya hampir langsung tidak diusik.
Maka, apa yang dibuat, mereka mula membuatkan iklan-iklan, yang mengatakan bahawa mereka bukan sekadar pemegang amanah bagi menyimpan duit masyarakat bahkan tempat paling dipercayai untuk membuat pinjaman.

Syarat suatu pinjaman, mudah. Setiap peminjam, hanya perlu menambah sedikit bayaran , tambahan 1% setiap bulan lebih dari nilai asal yang dipinjamkan.

Kadar ini, Nampak seperti sangat rendah, sebenarnya sangat tinggi. Jika dihitungkan , 1 tahun – 12% perlu dibayar lebih dari nilai asal.

Tetapi, pihak perbankan ini, bijak, dalam meletakkan iklan-iklan pinjaman ini,mereka membuat sekali ayat-ayat yang manis ‘’ seseorang itu dikira baik, jika tidak menyusahkan orang lain’’ , ‘’apa perlu anda mencari orang lain, jika kami dapat menyelesaikan masalah anda?’’ dan ayat-ayat sebegini sering dimainkan di dalam akbar-akbar dan papan-papan iklan.

Dalam masa yang sama, mereka membuat pengishtiharan, bahawa penyimpan duit dengan mereka, dinaikkan saguhati tahunan mereka (dividen).

Dividen ini sebenarnya, bukanlah dari aktiviti perniagaan, tetapi hasil dari duit tambahan (interest) yang dikutip dari duit yang dipinjamkan kepada orang lain.

Apa yang pihak bank buat, adalah, mereka mengambil duit penyimpan, dan diberikan kepada orang yang mahu berhutang, kemudian, orang yang berhutang akan membayar lebihan sebanyak 12% dari pinjaman, dan 2% dari pinjaman ini, akan diberikan kepada orang yang menyimpan dengan nama saguhati/dividen.

Secara pandangan kasarnya, sebenarnya mereka yang menyimpan duit di bank, adalah menyuruh bank mencari peminjam dan berikan kepada mereka semula duit yang dipinjam itu dengar kadar lebih tinggi.

Aktiviti ini tidak diketahui di dalam masyarakat.

Dengan iklan-iklan yang sering dimainkan, tawaran-tawaran yang hebat, simpan duit pun boleh dapat lebih, masyarakat mula berfikir, bahwa mereka boleh mendapat sesuatu yang lebih jauh selesa dari kehidupan sedia ada.

Rumah besar, kenderaan hebat, semua boleh dapat dengan mudah, dan lebih cantik dari keadaan asal yang mana masyarakat akan bergotong royong membantu.

Unit terkecil di dalam masyarakat adalah keluarga.

Satu keluarga asas itu terdiri dari pasangan suamiJ dan isteri.

Anak merupakan tambahan dari asas, suatu anugerah untuk perkembangan unit kecil kepada lebih besar.

Keluarga asas ini, diketuai oleh suami, manakala isteri adalah pembantu.
Memang dalam unit asal ini, suami bertugas mencari rezeki untuk keluarga. Memberikan perlindungan , keselamatan dan makanan kepada ahli keluarga.

Zaman awal ini, rumah yang ada, adalah milik sepenuhnya keluarga ini. Sang suami , keluar mencari rezeki , kebiasaanya, cukup untuk seisi keluarganya. Para isteri cukup duduk di rumah tanpa perlu memikirkan tentang urusan rezeki , dan focus mereka hanyalah keluarga, mereka berasa lebih selamat di rumah.

Apabila zaman berlalu, melalui system perbankan, rumah-rumah dan kenderaan yang ada, adalah hasil dari hutang/pinjaman dari pihak bank, para suami kini keluar rumah dengan kadar sekali ganda dari sebelumnya dengan niat mencari rezeki untuk keluarga,  makan dan minum dan bayar balik pinjaman dan interest/riba/tambahan dari hutang.

Janji asal dalam syarat pinjaman dengan bank  ini, adalah, jika berlaku kelewatan atau penangguhan terhadap bayaran, maka akan dikenakan denda ataupun ditarik semula rumah yang ada.

Ini membuatkan kepala lelaki, ketua keluarga, suami kini ditumpukan keringatnya sepenuhnya untuk membayar semula hutang. Ini yang dikatakan komitmen.

Dalam masa yang sama, hutang yang ada, membuatkan lelaki/ketua keluarga memikirkan bahawa jika berlaku sesuatu pada mereka, maka rumah itu akan kembali kepada pihak bank dan anak-anak dan isteri mereka akan dalam kesusahan.

Ini menjadikan mereka melebihkan usaha dan tenaga mereka pada kerjaya, penumpuan ini membuahkan hasil pada rezeki yang ada lebih, tetapi waktu untuk keluarga mereka disingkatkan.
Dalam keadaan lain, ada sebilangan keluarga, sang suami ‘pergi’ dahulu meninggalkan dunia, meninggalkan isteri dan anak-anak, dan rumah hutang. Isteri yang ditinggalkan terpaksa keluar mencari rezeki, bekerja meninggalkan anak-anak tanpa perhatian sepenuhnya untuk membayar baki hutang yang ada.

Sedangkan dalam masyarakat asal islam, anak-anak yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarga suami untuk  memberikan perlindungan, makanan sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

Manakala sang isteri/janda yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarganya semula, ayah atau adik beradik lelakinya untuk memberikan perlindungan , dan makan minumnya.
Ini menjadikan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan suami yang meninggal, tidak hidup di dalam masalah. Bagi si ibu, kerja mereka 100% perhatian sepenuhnya membesarkan anak-anaknya dengan didikan dan kasih sayang.

Sistem asal ini menjadikan masyarakat awal hidup penuh tenang dan harmoni.
Apabila sang isteri yang kematian suami, terpaksa keluar mencari rezeki, ianya meninggalkan kesan besar pada jiwa anak-anak mereka, bahawa jika besar nanti, perlu cari duit banyak-banyak, agar dapat rumah selesa dan keluarga tidak perlu runsing-runsing dalam masa yang sama, ianya meninggalkan kesan kepada jiwa anak-anak perempuan, bahawa lelaki kini sudah tidak mampu memberikan mereka keselesaan dan perlindungan yang sepatutnya.

Maka, anak-anak perempuan yang sebelum ini lebih selesa di rumah, diajar dan disuruh untuk belajar tinggi-tinggi dan kerja besar-besar.

Permulaan ini, pada mulanya hanya di tempat-tempat tertentu, anak-anak perempuan diajar ditempat berasingan dengan lelaki. Apabila guru-guru sudah mula tidak mencukupi, maka sekolah-sekolah yang ada mula dibuka dengan integrasi melalui percampuran lelaki dan perempuan di dalam satu kelas.

Anak-anak perempuan mula diajar bergaul dengan laki-laki, duduk berselang seli dengan lelaki-lelaki.

Suasana ini mula berkembang.

Semakin ramai anak-anak perempuan keluar dari rumah mereka, mencari sesuatu yang dinamakan ilmu mencari duit.

Mereka disuruh keluar jauh-jauh, sehingga ke luar negeri, tanpa ditemani dari ahli keluarga lelaki, atau tanpa suami, seorang diri.

Dalam masa yang sama, kilang-kilang pembuatan mula dibanjiri oleh anak-anak perempuan kita. Mereka ditempatkan di tempat yang satu masa dahulu hanya lelaki ditempat tersebut.

Anak-anak perempuan ini, ditempatkan berselang seli dengan lelaki, dikatakan agar mereka boleh cepat mengetahui dan mengembangkan ilmu mereka.

Ini membuatkan suasana percampuran lelaki dan wanita dianggap biasa, bahkan dikatakan ianya suatu keperluan.

Perkembangan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, anak-anak perempuan mula merasakan bahawa pakaian sedia ada banyak membataskan pergerakan mereka.
Jubah, tudung labuh, niqab, pakaian longgar , semua ini dirasakan sebagai halangan untuk terus berkembang.

Sebahagiannya kini mula mengetatkan pakaian mereka, tudungnya kini mula dipakai rapat dan ketat, menampakkan bentuk tubuh yang sebelum ini asing dari pandangan mata-mata lelaki.

Bagi sebahagian yang lain pula,terus memakai seluar dan baju kerja yang sebelum ini, hanya lelaki sahaja yang memakainya. Budaya mengetatkan pakaian ini, berkembang kerana ianya dikatakan memudahkan kerja dan pergerakan.

Pergaulan antara lelaki dan wanita ini, mengembang satu idea baru dalam masyarakat, persentuhan lelaki dan wanita tidak mengapa, asalkan tiada diserikan dengan syahwat dalam masa yang sama juga, berkembang dengan sebahagian lelaki dan perempuan merasa biasa dengan pergaulan ini, dan berkembang di dalam bilik-bilik rahsia lelaki dan perempuan, budaya bersama tanpa ikatan yang sah, asalkan tidak mengandung.

Sangkaan-sangkaan yang timbul itu, tidak lebih memburukkan lagi keadaan.

“Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)



Dari Abu Dzar r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala”;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Waktu berlalu, pergaulan, pertemuan, ramah mesra lelaki wanita tanpa batasan ini membuatkan sebilangan dari golongan lelaki yang sentiasa melihat dan bercampur gaul dengan wanita, melihat reality sebenar seorang perempuan, membuatkan hatinya sedikit demi sedikit hilang perasaan inginkan seorang wanita sebagai teman hidup.

Apa yang terjadi adalah, hatinya sedikit demi sedikit lunak dan cenderung dengan golongan sejenisnya. Baginya, dirinya adalah sepatutnya seorang wanita. Bukan lelaki. Dan dia memerlukan golongan lelaki mendapampingi sebagai teman hidup.

Pakaiannya, bentuk tubuhnya dikekalkan, hanya ketertarikan sifat fitrah itu yang bertukar arah.
Manakala satu golongan lelaki pula, terus bertukar 360’ , bentuk tubuhnya , pakaiannya, lenggok jalannya. Semuanya diubah bagi meraih cinta kaum sejenisnya.


Begitu juga yang terjadi kepada sebilangan wanita yang bergaul bebas dengan lelaki.
perasaan fitrah yang Allah tanamkan pada diri setiap insane untuk bersama kaum lawannya sebagai teman hidup kini beralih arah.

Cintanya, haluannya , semua ditumpukan mencari kasih kaum sejenis. Baginya, dirinya adalah sepatutnya lelaki, bukan wanita lemah.


Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki. 
(Riwayat Abu Nu’aim)

“Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu,  menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.” – [ Kitab al-Fitan].
Inilah yang sedang berlaku hari ini.


Kesan riba bukan semata-mata individu, bahkan masyarakat seluruhnya dirosakkan dan dicarik barik semua ikatan fitrah.

Realiti yang kita lihat, setiap satunya muncul hadir bukan dengan sengaja, tetapi ianya adalah kesan langsung pengishtiharaan manusia berperang dengan Allah. Maka kerosakanlah yang melanda manusia.

Perang dengan Allah, tidak pernah dan tidak akan sekali-kali manusia akan menang.

Jadilah kita manusia yang cenderung kepada taqwa. Jauhi riba seboleh mungkin.

Bukakan mata hati, kebenaran sentiasa ada.

Bahaya perbankan termasuk yang berlabel islam dan riba yang hadir dalam masyarakat sangat jelas dengan pengharaman Riba.

Allah, Allah, Allah.

Aku berserah kepada Allah.
Allah , Allah , Allah.


Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu (jangan tuntut riba yang masih ada pada orang yang berhutang) , jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melakukan (masih menuntut riba) maka ketahuilah, kamu mengishtiharkan perang dengan Allah dan Rasulnya, dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu (harta yang boleh dituntut dari hutang) . (dengan demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Lembu - 278-279)

Doc Syazwan Madihah