Apakah perbezaan antara hantaran dan mas kahwin?


Mas kahwin adalah satu perkara yang wajib dalam pernikahan. Ia adalah hadiah dari suami kepada isteri sebagai tanda pernikahan. Isteri berhak meminta apa yang ia mahu sebagai mas kahwin kerana ia adalah milik isteri. 

Hantaran pula adalah hadiah tambahan yang diberikan oleh suami kepada isteri, atau kepada keluarga isteri. Ia bukan wajib, tetapi jika diniatkan sebagai hadiah, maka pahala akan dapat diperolehi oleh suami.

Namun, hantaran tidak boleh dipaksa atas suami, dan ia bukan syarat pernikahan. Untuk isteri menukar jumlah hantaran kepada mas kahwin, maka ia terpulang kepada kedua-dua pihak suami dan isteri untuk bersetuju. Prinsip dalam Islam adalah untuk tidak menyusahkan orang lain

~ http://senyummanis.com