Duit Kertas VS Dinar Emas


Duit kertas dan emas merupakan 2 perkara penting yang perlu ada. Duit kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.


Seperti yang kita sedia maklum, wang yg dicetak (kertas, syiling), oleh setiap negara tidak sama nilainya. Sebagai contoh : Kuantiti daging lembu yang kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar USD10, SGD10 dan AUD10. Tetapi jika emas yang digunapakai sebagai pembelian di mana2 negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.


Duit kertas yang kita gunakan tidak laku untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ini bermakna duit tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia ditukarkan dahulu kepada USD. Buat masa ini, RM3.30 boleh ditukarkan kepada USD1. Andaikata nilai duit kita jatuh pada masa akan datang…misalnya RM3.30 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi? Untuk mengelakan kerugian inilah emas mampu menjadi pelindung, ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi.


Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.
Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Kelemahan wang kertas
1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
6. Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.

Di Zimbabwe, duit tak dikira tapi ditimbang!



 Lihatlah betapa murahnya duit kertas ini.


 100 Billion hanya mampu membeli 3 biji telur di Zimbabwe!


Admin : 
Kita di Malaysia terasa jugakkan harga barang naik...naik...naik...tak adanya lah turun. Bawa duit RM100 belanja di pasar malam pun tak perasan habis. Bukan boros tau tapi nilai RM dah susut! Kalau tak laku macam di Zimbabwe lagilah parah. Harap timbul kesedaran kepada pembaca, buatlah persediaan... Apa kata beli dinar, kumpulkan sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit, insya'allah