Beli mahal jual mahal, beli murah jual murah.. Mana satu lebih untung?

Sebelum saya kupas lebih lanjut, perlu difahami harga jualan (We Sell) emas sesebuah syarikat disandarkan pada harga spot dunia. Ada syarikat yang meletakkan 15% daripada harga spot, ada yang 10% dan ada juga 5% Nilai peratus ini kita namakan sebagai premium.

Harga yang anda bayar adalah bukan harga sebenar emas, harga yang sebenar adalah pada harga spot. Jika anda membeli emas daripada syarikat yang meletakkan premium 15% daripada harga spot, maka anda telah membeli dengan harga yang 15% lebih tinggi daripada harga sebenar, dan begitu juga yang lain-lain.

Jadi, dalam kes di atas, dengan membeli emas yang lebih murah (hampir dengan harga spot), anda sebenarnya telah untung pada pembelian pertama lagi kerana harga yang anda beli begitu hampir dengan harga sebenar emas.

Dengan modal RM yang sama, anda akan mendapat berat emas yang lebih dengan membeli harga yang murah. Anda juga masih ada balance di tangan jika membeli emas yang mempunyai berat dan purity yang sama.

Semakin dekat harga jualan dengan harga spot, semakin untung yang anda perolehi berbanding dengan harga yang dijual mahal. Kalau anda membeli dengan harga spot atau harga below spot, maka bertambah-tambahlah untung jika nak dibandingkan dengan harga emas yang dijual mahal.

OK, habis cerita mengenai harga beli. Pembeli harga murah telah membuat untung pada pembelian pertama lagi.

Bagaimana pula semasa menjual?
Untuk memudahkan melihat keuntungan emas, ianya perlu dikira dalam peratus (%), bukannya dalam RM. Ini kerana kadar kenaikan emas dilihat dalam nilaian peratus. Jika anda untung RM1000 sekalipun, jika peratus keuntungan hanya 1%, maka keuntungan RM500 dengan peratus keuntungan 10% adalah jauh lebih baik.

Kita tidak tahu bila kita akan menjual, dan berapa lama tempoh yang kita akan simpan tersebut. Selain kita tak tahu bila kita terdsak nak jual emas tersbut, kita juga tak tahu juga bagaimana keadaan kita dan di mana kita berada semasa terpaksa jual tersebut.. Sama ada di dalam atau diluar negara.

Di pihak syarikat pula, kita juga tidak tahu sampai bila premium dan spread mereka dikekalkan. Bagi yang meletakkan premium yang tinggi, kemungkinanan untuk mereka menurunkan nilai premium adalah amat tinggi bila mana ada pesaing yang menjual harga yang lebih rendah. Bagi yang meletakkan spread rendah pula, kemungkinan untuk mereka menaikkan spread juga tinggi apabila harga buy back diletakkan melebihi harga spot dan keupayaan membeli balik dirasakan membebankan.

Jika premium direndahkan, pembeli terdahulu akan terasa kerugian yang amat besar sekali. Ini kerana, harga emas yang sepatutnya mahal sudah menjadi murah kerana nilai premium dikurangkan.

Jika syarikat yang menjual harga murah menaikkan premium tidak akan menjadi masalah kepada pembeli terdahulu kerana bila ini terjadi, mereka akan bertambah-tambah untung. Kemungkinan untuk syarikat yang menjual murah menurunkan harga amat tipis kerana margin yang mereka perolehi sudah terlalu rendah, jika direndahkan lagi, kos operasi akan bermasalah. Namun, jika ada perubahan dari segi premium, ianya amat tidak bagus dan tidak adil bagi pembeli emas.

Untuk melihat dengan lebih jelas, boleh lihat calculation dibawah:

Tarikh : 8 Ogos 2011
Harga Spot : RM160
Harga We Sell & Premium Syarikat A : RM184 (Premium 15%)
Harga We Sell & Premium Syarikat B : RM168 (Premium 5%)
Kita andaikan setelah 1 tahun seterusnya, kenaikan harga emas adalah sebanyak 25%.

Tarikh : 8 Ogos 2012
Harga Spot : RM200 (naik 25% daripada 8/8/2011)
Harga We Sell & Premium Syarikat A : RM230 (Premium 15%)
Harga We Sell & Premium Syarikat B : RM210 (Premium 5%)

Peratus keuntungan
Syarikat A : [(230-184)/184]X 100 = 25%.
Syarikat B : [(210-168)/168 X 100 = 25%.

Jika premium kedua-dua syarikat tidak berubah, keuntungan semasa menjual adalah sama iaitu 25%. Jadi tidak ada isu pembeli harga mahal lebih untung daripada pembeli harga murah kerana % keuntungan adalah sama walaupun harga We Sell syarikat B lebih rendah daripada syarikat A. Namun, jika dilihat dari segi kedua-dua situasi (semasa membeli dan menjual) pembeli syarikat B lebih untung kerana beliau telah untung dalam kedua-dua situasi, iaitu untung semasa membeli dan juga semasa menjual.

OK, kita lihat pula apa bila premium berubah.

Andaikata premium syarikat A direndahkan sebanyak 7% bagi menyaingi syarikat B,dan menjadi 8%. Manakala syarikat B mengekalkan premiumnya yang sememangnya sudah rendah. Kalau premium direndahkan lagi, kos operasi tak dapat nak cover.

Tarikh : 8 Ogos 2012
Harga Spot : RM200 (naik 25% daripada 8/8/2011)
Harga We Sell & Premium Syarikat A : RM216 (Premium 8%)
Harga We Sell & Premium Syarikat B : RM210 (Premium 5%)

Peratus keuntungan
Syarikat A : [(216-184)/184]X 100 = 17.4%.
Syarikat B : [(210-168)/168 X 100 = 25%.
25-17.4=7.6.

WOW! Beza 7.6%! Banyak Tuuuu!

Ini perbezaan jika anda menjual balik dengan harga semasa syarikat tersebut.  Seperti yang beritahu di atas, selain kita tak tahu bila kita terdesak nak jual emas tersbut, kita juga tak tahu juga bagaimana keadaan kita dan di mana kita berada semasa terpaksa jual tersebut.. Sama ada di dalam atau diluar negara. Jika semasa kita terdesak nak menjual emas tersebut semasa berada di luar negara, maka harga jualan sudah tentunya jauh lebih murah berbanding harga spot. Jika ini berlaku, maka, bertambah-tambahlah kerugian bagi pembeli yang telah membeli dengan harga yang terlalu jauh tinggi daripada harga spot.

Kalau premium syarikat B ditinggikan, tak perlu saya nak huraikan sebab lagi la untung kepada pembeli terdahulu. Kalau direndahkan pon, maximum yang direndahkan hanya 2%, dan boleh dikatakan agak mustahil perkara ini boleh berlaku. Jika ianya berlaku,  ianya masih jauh lebih untung daripada syarikat A yang mana premiumnya direndahkan sebanyak 7%.

Mengenai jika spread berubah pula,tak perlu saya huraikan kerana kedua-dua syarikat ada possibility untuk menaikkan kadar spread. Spread boleh juga diabaikan jika anda menjual kepada customer biasa.

Kesimpulannya, beli mahal jual mahal tak bermakna anda lagi untung dari beli murah. Ini kerana, pihak syarikat berhak menaik dan menurunkan harga mereka sesuka hati.

P/S: Pos ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup atau mati, atau bagi syarikat yang masih beroperasi atau sudah bankrupt. Hanya sekadar penjelasan bagi yang masih pening dan keliru dalam membuat pilihan membeli emas


Penilaian Dinar Dirham Pada Wang Kertas

Kenapa pengeluar matawang syariah Dinar dirham menilaikan Dinar atau dirham pada wang kertas dan bukannya selain wang kertas? (Contoh:- 1 Dinar : RM 712 ; 1 dirham : RM 25.)

Dalam menjawab soalan ini, kita perlu memahami peranan pengeluar Dinar dirham sebagai entiti yang membolehkan penukaran wang kertas kepada matawang syariah. Fungsi kedua-dua wang kertas & matawang syariah sebagai bahan perantara pertukaran ("medium of exchange") membolehkan pertukaran ini berlaku dengan nisbah yang ditentukan secara efisien & praktikal. Namun perlu diperhatikan, walaupun fungsi kedua-duanya adalah sama, terdapat perbezaan dari segi hukumnya di sisi Islam antara wang kertas bersifat fiat dan matawang syariah.

Pengeluar Dinar dirham (contohnya KGT yang mengeluarkan Dinar & Dirham Kelantan) akan menyediakan Dinar dirham untuk dimiliki orang awam melalui pertukaran menggunakan wang kertas di mana (contohnya) 1 Dinar akan ditukarkan dengan RM 712. Disebalik penyediaan Dinar dirham tersebut, pengeluar perlulah melaksanakan pelbagai proses & langkah-langkah untuk menghasilkan Dinar dirham tersebut (secara langsung atau oleh pihak ketiga), antaranya pembelian bahan mentah dan pengilangan di mana aktiviti-aktiviti tersebut dibayar oleh wang kertas. Wang kertas yang digunakan untuk membuat pembayaran ini adalah berpunca sama-ada dari pelaburan ke dalam entiti pengeluar atau penerimaan wang kertas hasil penukaran Dinar dirham yang disediakan.

Oleh itu, secara rumusannya, kita dapat perhatikan bahawa peranan pengeluar Dinar dirham adalah untuk menukarkan wang kertas dari orang awam kepada Dinar dirham. Wang kertas yang diperolehi hasil pertukaran ini digunakan semula untuk menyediakan lebih Dinar dirham kepada masyarakat. Pengeluar Dinar dirham mempunyai peranan yang khusus ini dan lazimnya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain seperti perniagaan bahan makanan, perkhidmatan buruh profesional, dan lain-lain. Oleh itu, dalam melaksanakan peranan pertukarannya, ia menilaikan Dinar dirham pada wang kertas dan bukan bahan/perkhidmatan lain.

Peranan ini dan penilaian yang digunakan akan terus-menerus digunapakai, secara idealnya sehingga masyarakat telah memperolehi matawang syariah yang mencukupi untuk membolehkan muamalat yang halal secara syumul dilaksanakan.

Perlu difahami bahawa emas & perak yang terdapat di dunia kini adalah terhad sumbernya. Pengeluar Dinar dirham akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan matawang syariah kepada masyarakat melalui peranannya sebagai penukar. Masyarakat pelu menyedari kepentingan menukarkan sebanyaknya wang kertas kepada Dinar dirham sebelum sumber emas & perak dihauskan. Ini adalah kerana wang kertas yang berlegaran di dunia tidak terkira batasannya dan di dalam nilaian yang ternyata kini (contoh 4.25g emas bersamaan RM 712 / 2.975g perak bersamaan RM 25), mustahil semua pemegang wang kertas akan mungkin dapat menukarkannya kepada emas atau perak yang nyata (bukan akaun emas/perak yang maya). Walaupun "harga" emas & perak akan melambung untuk memenuhi kemungkinan penukaran mutlak ini diimpikan seluruh dunia, kebanyakan wang kertas akan akhirnya tersadai dengan nilaian-nilaian yang tidak boleh lagi dizahirkan.

Oleh itu, peranan pengeluar Dinar dirham adalah sesuatu tugas yang penting dan sandaran nilaian pada wang kertas adalah sebahagian daripada strategi penukaran untuk kebaikan masyarakat.


Hasbullah bin Pit